Mengenai Kami
Gubah Bina adalah peneraju dalam industri pemasangan tapak gajah atau paver di Kelantan. Dengan pengalaman lebih 28 tahun, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang menggabungkan ketahanan, estetika, dan inovasi. Kami berbangga kerana dapat mengubah ruang luar kediaman dan premis perniagaan dengan sentuhan profesional.
Sejarah Penubuhan
Hj. Mustapha memulakan kerjaya dalam pemasangan paver sejak tahun 1997, ketika perkhidmatan ini masih baru dan belum ada kontraktor lain yang menawarkan pemasangan paver di pasaran tempatan. Bermula dengan menerima tempahan daripada saudara-mara, jiran tetangga, dan rakan-rakan rapat, beliau mendapat inspirasi untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri.
Pada penghujung tahun 1998, GUBAH BINA telah ditubuhkan oleh Hj. Mustapha@Jaafar b. Musa. Sejak itu, syarikat ini telah mendapat kepercayaan penuh daripada pelanggan dan kontraktor sebagai pakar dalam membekal dan memasang paver (tapak gajah). Dengan pengalaman lebih dua dekad, GUBAH BINA SDN BHD terus berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan utama dalam industri pemasangan paver di Malaysia.
Misi
Menjadi sebuah syarikat yang terkenal sebagai syarikat kontraktor yang menyediakan kepakaran perkhidmatan pemasangan paving block yang tiada tandingan dan corak mengikut peredaran semasa
Visi
Menjadi syarikat pembekal dan pakar pemasangan paving block yang terunggul di seluruh

Nilai Syarikat
- Memberi perkhidmatan cemerlang kelas atasan kepada semua pelanggan yang memilih perkhidmatan kami.
- Berkembang secara signifikan ke pasaran pembinaan pejabat untuk meningkatkan margin keuntungan dan meningkatkan kuasa pasaran tempatan.
- Mengembangkan perniagaan syarikat agar dapat meningkatkan keuntungan syarikat
- Merangka untuk melebarkan sayap perniagaan sehingga ke pasaran seluruh Semenanjung Malaysia.

Latar Belakang Pengurus
Setelah pemergian pengasas ini perniagaan pada akhir tahun 2017 ini telah di ambil alih oleh Mohd Afiq Mustapha iaitu anak sulung pengasas tapak gajah ini.
Minat yang mendalam mula timbul setelah melihat perniagaan yang di jalankan oleh ayah beliau mendapat tempahan dan sokongan yang luar biasa walaupun perniagaan ini di jalankan di rumah.
Beliau menjadikan ayah beliau sumber inspirasi kerana dengan hanya memasang tapak gajah ini sekitar Kota Bharu bapa beliau mampu membesarkan mereka adik beradik dengan begitu baik sekali dan membeli beberapa asset untuk keluarga mereka.
Selepas tamat pengajian STPM pada tahun 2005 anak sulung pengasas ini telah melibatkan diri dlm perniagaan ini walaupun minat lebih kepada bidang kontraktor. Pada tahun 2010 Mohd Afiq telah menceburi bidang ini sepenuhnya meneruskan legasi dari ayahanda tercinta.
Team Pengurusan

Team Pengurusan

Ubah Halaman Anda dengan Sentuhan Profesional
Impikan halaman yang cantik, tahan lama, dan praktikal? Dari laluan pejalan kaki yang menawan hingga ke kawasan parkir yang kukuh, Gubah Bina sedia membantu. Dapatkan konsultasi percuma hari ini dan mari jadikan impian anda realiti!